Thursday 14 July 2011

Masih Ada Lagikah Wanita seperti ini?

Beberapa hari lepas, aku ada terbaca blog mengenai 'Wanita dan Sepohon Semalu'.Aku akan tetarik dengan entry blog tersebut.Lalu, aku pun membacanya dengan penuh tekun dan tawaduk.Lepas aku baca je blog tu, aku berfikir..adakah wanita seperti itu lagi?

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. 

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklahmengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

*Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

*Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahumempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

*Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

 *Akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


peace upon you..

1 comment: